Friday 8 July 2011

Kejohanan Balapan & Padang SMVMT ke-19

SMVMT telah berjaya menganjurkan acara kemuncak Kejohanan Balapan & Padang SMVMT pada 07.07.11.


Acara yang bermula pada jam 2.00 ptg dan berakhir pada 6.15 ptg telah berjaya menghidupkan suasana kemeriahan Hari Sukan seperti yang dihasratkan oleh YAB Menteri Pelajaran.

Kejohanan yang telah mula dilangsungkan  dengan Ujian Tara pada 21-22 Jun 2011, kemudiannya disusuli dengan acara-acara saringan pada 28-29 Jun 2011 dan kemuncaknya pada 07.07.11 telah menjadi faktor utama kemeriahan ini. Sebanyak 43 acara telah dipertandingkan.

Pertandingan-pertandingan sampingan juga dijalankan iaitu:-

a) Hiasan Khemah
b) Maskot
c) Perbarisan
d) Tarik Tali Jemputan
e) Pengurus Rumah Sukan Terbaik
f) Acara kanak-kanak


Tahniah & terima kasih kepada semua warga SMVMT termasuklah YDP PIBG dan AJKnya.

Tahniah kepada GPK Kokurikulum SMVMT.

No comments:

Post a Comment