Monday 19 December 2011

How Great Leaders Inspire Action.

"Pemimpin menyampaikan apa yag ia impikan dan apa yang dia percaya.  Disampaikan dari hatinya kepada hati pengikutnya."  Dapatkan pengajaran dari video berikut.



 http://www.ted.com/talks/lang/id/simon_sinek_how_great_leaders_inspire_action.html

Friday 8 July 2011

Kejohanan Balapan & Padang SMVMT ke-19

SMVMT telah berjaya menganjurkan acara kemuncak Kejohanan Balapan & Padang SMVMT pada 07.07.11.


Acara yang bermula pada jam 2.00 ptg dan berakhir pada 6.15 ptg telah berjaya menghidupkan suasana kemeriahan Hari Sukan seperti yang dihasratkan oleh YAB Menteri Pelajaran.

Kejohanan yang telah mula dilangsungkan  dengan Ujian Tara pada 21-22 Jun 2011, kemudiannya disusuli dengan acara-acara saringan pada 28-29 Jun 2011 dan kemuncaknya pada 07.07.11 telah menjadi faktor utama kemeriahan ini. Sebanyak 43 acara telah dipertandingkan.

Pertandingan-pertandingan sampingan juga dijalankan iaitu:-

a) Hiasan Khemah
b) Maskot
c) Perbarisan
d) Tarik Tali Jemputan
e) Pengurus Rumah Sukan Terbaik
f) Acara kanak-kanak


Tahniah & terima kasih kepada semua warga SMVMT termasuklah YDP PIBG dan AJKnya.

Tahniah kepada GPK Kokurikulum SMVMT.

Monday 4 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Larian peringkat SMVMT sejauh 1.6 km pada 2 Julai 2011 telah dimulakan jam 7.45 pagi dan berakhir 8.00 pagi. Kemudiaan program ini disusuli dengan senamrobik dan pertandingan permainan antara pasukan guru, murid tingkatan 5 dan murid tingkatan 4. Sepak Takraw, bola tampar, futsal dan bola jaring telah dipertandingkan.

Tahniah kepada semua warga SMVMT termasuklah YDP dan AJK PIBG serta  ibu bapa yang mengambil bahagian.

Friday 1 July 2011

Titian Emas 1

Program ini telah dilaksanakan pada 1 Julai 2011 di Dewan Bunga Raya, SMVMT.  Ia adalah sesi pertemuan di antara 3 pihak - murid, ibubapa dan guru.  Pertemuan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ketiga-tiga pihak bersemuka dan membincangkan prestasi murid berkaitan pencapaian akademik mereka dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.